Resipi Ayam Masak Merah ala Kenduri

Sharing is caring!

Bahan-bahan

1 ekor ayam dipotong 8 (lumur garam dan kunyit, kemudian goreng separuh masak)
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 sudu besar sos cili
60 ml santan
250 ml air
3 biji tomato – belah 4
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak utk menumis
Kacang peas

Bahan-bahan kisar halus

4 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
15 – 20 tangkai cili kering – rebus sebentar dan kisar

Bahan-bahan hiris

3 biji bawang besar – lagi sedap bwg holland
5 ulas bawang putih
2 cm halia – hiris jadi 3 keping

Cara-cara

  • Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan hirisan sampai layu. Kemudian masukkan bahan kisar dan gaul rata.
  • Masukkan cili kering yang dikisar dan sos cili. Tumis sehingga pecah minyak.
  • Masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi. Kacau rata dan biarkan seketika.
  • Masukkan air. Lebihkan air jika ingin kuah yang banyak. Kemudian masukkan santan untuk memekatkan kuah.
  • Masukkan buah tomato dan rencahkan dengan garam. Masak sehingga pecah minyak.
  • Taburkan sedikit gula, jika suka. Bila rasa sudah sebati, tutup api.
  • Jika suka, boleh masukkan kacang peas.
  • Sedia untuk dihidangkan bersama nasi minyak, nasi briyani atau nasi tomato.

Tips: Ayam hanya perlu digoreng separuh masak. Jika terlalu garing, ayam akan menjadi liat.

Kredit resipi: Azie Kitchen

ChefResepi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *