Resipi Nasi Ayam

Sharing is caring!

Lauk Ayam

1 ekor ayam
2 inci halia
4 ulas bawang putih
5-6 ulas bawang merah

Bahan perap

1 sudu besar sos tiram
1-2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap manis
1-2 sudu besar madu
1 sudu besar minyak bijan

  • Kisar halia, bawang putih dan bawang merah.
  • Perap ayam dengan bahan kisar selama 30 minit.
  • Didihkan air di dalam periuk, masukkan ayam dan perlahankan api sehingga ayam setengah masak.
  • Angkat ayam dan perapkan dengan bahan perap seketika. Lumur rata dan gantungkan ayam sekurang-kurangnya satu jam.
  • Goreng ayam secara ‘deep fry’ di dalam periuk dalam. Pastikan minyak menenggelami ayam.
  • Setelah ayam masak, angkat dan toskan minyak.
  • Potong ayam dan hidang.

Nasi Ayam

2 sudu besar mentega
Ketulan lemak ayam (panaskan dan ambil minyak ayam)
5 ulas bawang merah (tumbuk)
3 ulas bawang putih -(tumbuk)
2 inci halia (tumbuk)
2 helai daun pandan
1 helai daun salam (bay leave)
1/4 cawan susu full cream
1/2 – 1 kiub serbuk pati ayam
1 sudu kecil garam
Secubit gula
Rempah menumis – 3 bunga lawang, 4 buah pelaga, 2 kulit kayu manis

  • Basuh beras, tos dan masukkan ke dalam rice cooker.
  • Di dalam kuali masukkan mentega, tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah ditumbuk bersama bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, daun pandan dan daun salam.
  • Setelah naik bau masukkan separuh daripada air rebusan ayam, susu full cream, garam, serbuk pati ayam dan secubit gula.
  • Biarkan mendidih dan tutup api. Tuang ke dalam beras. Jika air tidak cukup tambah air biasa dan masak seperti biasa.
  • Setelah nasi masak, tabur bawang goreng dan daun bawang atau daun sup dan hidang.

Nota:  Sukatan air adalah mengikut sukatan jenis beras yang digunakan.

Sambal Cili

5 tangkai cili padi merah atau cili merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil garam atau secukup rasa
1 sudu kecil gula atau secukup rasa
1/2 cawan air rebusan ayam
Sos tomato

  • Kisar cili padi dengan halia dan bawang putih.
  • Masak di dalam kuali.
  • Masukkan gula, garam dan cuka secukup rasa.
  • Tambah sedikit air rebusan ayam.
  • Masak dengan api kecil sehingga likat.

Sambal Kicap

  • Air kicap lebihan perapan ayam tadi dimasak di dalam kuali sehingga mendidih. Sesuaikan rasa garam dan gula.

Kuah Sup

Jeruk kubis
Garam
Serbuk pati ayam
Daun bawang – tabur
Bawang putih goreng – tabur

  • Separuh air rebusan ayam dimasak semula dan dicampurkan jeruk kubis, garam dan serbuk pati ayam.
  • Tabur potongan daun bawang dan bawang putih goreng.

Kredit resipi: Azie Kitchen

ChefResepi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *