Resipi Gulai Ikan Kering Kelantan Style

Sharing is caring!

Bahan-bahan

Ikan masin
santan 2 cawan
3 biji cili kering
3 ulas bawang merah
bawang putih 1 ulas
sedikit kunyit hidup
sedikit lengkuas
asam keping(asam gelugur)
cili hijau
garam
gula
jika suka tambahkan timun dan terung (potong kecil)

Cara-cara

1. Ikan masin dibasuh bersih dan direbus sekejap.
2. Bila menggelegak terus tutup api dan toskan.
3. Cili kering direndam dan dibersihkan.
4. Kupas bawang, kunyit dan lengkuas.
5. Sementara itu masak santan yang ditambah air sesuai dengan kuantiti ikan. Biarkan masak dengan api yang kecil.
6. Blend cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit dan lengkuas.
7. Masukkan bahan yang ditumbuk ke dalam periuk santan yang sedang dimasak.
8. Masak hingga kuahnya sebati dengan api yang kecil.
9. Masukkan ikan masin dan timun dan asam keping.
10. Tambahkan sedikit garam

ChefResepi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *