Resipi Bubur Biji Nangka

Sharing is caring!

Kuah

Bahan-bahan:

  • Santan pekat
  • 2 helai daun pandan disimpul
  • Gula dan garam – secukup rasa
  • 1/2 sudu kecil Halba

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan ke dalam periuk.
  2. Kemudian masak dengan menggunakan api yang sederhana. Sentiasa kacau supaya tidak berketul.
  3. Masukkan lebihan air daun pandan tadi ke dalam kuah.
  4. Rasakan garam dan gula. Kacau sampai menggelegak.

Biji nangka

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung beras pulut
  • Air daun pandan – kisar daun pandan, tapis dan ambil airnya
  • Pewarna hijau
  • Sedikit air kapur
  • Garam

Cara-cara:

  1. Sebelum menguli, panaskan dahulu air  di dalam periuk (air separuh periuk). Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan uli sampai sebati.
  2. Masukkan air daun pandan sedikit demi sedikit sampai tepung tidak melekat pada tangan.
  3. Kemudian bentukkan seperti biji nangka (lebih kurang sebesar gula-gula).  Terus masukkan doh itu ke dalam periuk dengan air yang sedang menggelegak.
  4. Apabila biji nangka masak, ia akan timbul di permukaan air. Bolehlah angkat dan masukkannya dahulu ke dalam bekas yang berisi air masak, jika kuah belum siap.

ChefResepi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *