Resipi Tom Yam Pekat

Sharing is caring!

Bahan-bahan

600gm isi ayam atau makanan laut (seperti ketam, lala, sotong atau udang) mengikut kesukaan masing-masing.
6 batang serai
15-20 tangkai cili padi atau mengikut citarasa masing-masing
2 mangkuk santan pekat (boleh digantikan dengan susu cair)
6 helai daun limau purut
3 biji tomato
1 labu bawang besar
2 paket cendawan tiran
2 tangkai daun bawang
sedikit bunga kubis dan daun ketumbar
1 inci lengkuas
1 inci halia
2 kiub tomyam atau pes tomyam
3 sudu teh pes cili jenama mae pranom
2 sudu besar sos nam pla (sos ikan)
1 biji limau nipis diperah air

Cara-cara

1. Potong isi ayam kecil dan nipis.
2. Potong serai secara menyerong.
3. Hiris halia, lengkuas, bawang besar, tomato dan bunga kubis.
4. Siat kasar cendawan tiram dan daun limau purut.
5. Ketuk cili padi.
6. Masukkan santan ke dalam periuk bersama serai, lengkuas dan halia. Kacau sehingga mendidih. Biarkan seketika.
7. Masukkan pes cili, sos nam pla dan kiub tomyam.
8. Masukkan lauk-pauk.
9. Masukkan cendawan, daun bawang, daun ketumbar, daun limau purut dan cili padi.
10. Masukkan gula, air limau nipis, bawang besar dan tomato. Didihkan.
Hidangkan.

Tips

Untuk mengelakkan lauk-pauk tomyam terlebih masak, siapkan kuah dahulu mengikut kesukaan rasa.
Sesuaikan santan atau susu cair mengikut kepekatan yang diinginkan.

ChefResepi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *